Sunday, April 27, 2008

Rehlah Ilmiah & Ukhwah di Pantai Irama Bachok



Krew Imtiyaz Resources (IR) di bawah aktiviti smartFACI Imtiyaz dan PPIK (Persatuan Pembimbing Pelajar Islam Kelantan ) telah mengadakan satu Rehlah Ukhwah bersama rakan-rakan pelajar dari Maahad Yaakubiah Bachok.

Tujuan Rehlah ini bertujuan untuk merapatkan hubungan Silaturrahim disamping membincangkan isu-isu disekitar daerah Bachok yang melibatkan remaja dan belia.

Disamping itu juga rehlah ukhwah smartFACI ini juga merupakan salah satu program untuk memperkasakan generasi muda di mana hasrat kami untuk melatih wakil pelajar tersebut sebagai Fasilitator telatih di bawah modul Imtiyaz SmartFACI apabila mereka mengikuti program-program di bawah IR kelak.

Pihak IR mengucapkan kepada bro. Kamil atas "sponsor"nya yang sedikit sebanyak memeriahkan aktiviti rehlah ini...

[ Klik untuk lihak koleksi Foto Rehlah IR ]


Generasi Salman Al-Farisi di Bumi Melayu

Alhamdulillah, kecanggihan teknologi yang ku pelajari selama ini membantu aku untuk menyampaikan sesuatu dengan lebih berkesan.

10 Mac 2008 , merupakan pengalaman baru yang dapat aku catatkan dalam sebagai entry blogku kali ini. Pengalaman apabila aku ditugaskan oleh Pengerusi Biro Islamic Outreach ABIM Kelantan, Abdullah Mohd Nawi untuk memberikan ceramah Motivasi kepada saudara baru di Institut Dakwah Islamiah Perkim (IDIP) benar-benar memberikan kesan yang mendalam kepadaku sebagai seorang muslim.

Aku ditugaskan untuk menyampaikan ceramah bertajuk Motivasi Daie dan Qiammullai di hadapan lebih 50 orang pelajar IDIP yang terdiri daripada Muslimin dan muslimah dari pelbagai kaum seperti cina, india, kadazan, asli , iban dan lain-lain. Bebanan tanggungjawab yang berat ini aku cuba lakukan sedaya mungkin dengan dibantu oleh temanku saudara Farid.


Cukup memberikan keinsafan, betapa kecintaan saudara-saudara baru ini kepada Islam tidak dapat kunafikan kebenarannya. Betapa seorang muslimah di kalangan mereka yang menyatakan hasrat supaya ceramah motivasiku ini benar-benar memberikan faedah serta input yang mendalam dengan mereka. kata muslimah itu, mentaliti sebahagian dari pihak kami sudah bosan dengan istilah "ceramah motivasi"..... pengakuan muslimah itu benar-benar memberikan aku satu cabaran apatah lagi inilah kali pertama aku berdepan dengan mereka. Lebih mengagumkan muslimah itu adalah merupakan bekas missionary Kristian terbaik semasa beliau dalam anutan agama lalu.
Bersama Ustaz Bashir (Pengetua IDIP)

Kerana kagumkan semangat muslimah itu, aku selitkan juga kepada pelajar dalam ceramah ku agar memastikan pengalaman atau kemahiran yang mereka dapat semasa dalam anutan agama lalu dari segi strategi menarik masyarakat mengenali agama mereka dulu, dipraktikkan secara konsisten bila bergelar Muslim kini.

Demi Matahari - Snada

Kulihat mereka (saudara baru) teramat minat dengan alunan muzik dan nyayian. Alhamdulillah, modul ceramahku ku selitkan dengan nyanyian nasyid "Demi Matahari" berserta gaya gerakannya yang aku timba sewaktu mengikuti ESQ Training Leadership di bawah bimbingan Pak Ary Ginanjar Agustian dari Indonesia ( Aku adalah Angkatan ke-5 ESQ) . Mereka teramat meminati.

Bagiku, bila berbicara tentang dakwah, aku selalu berhumor agar pendengar tidak terlalu rigid dengan memahami bila sebut dakwah, tergambar lelaki yang memakai jubah, berserban memegang tasbih dan tugasnya menyeru kepada kebaikan. Bagiku konsep dakwah ada pelbagai method. Ada dalam bentuk nasyid, seni, sosial, kesukarelawan, lukisan, ketenteraan, politik, dan sebagainya. Namun walau pelbagai methodnya , selagi kita tak tinggal 3 perkara ini, maka kita sudah menyelesaikan misi dakwah kita iaitu :

  • 1. Ukhwah
  • 2. Iman
  • 3. Peringatan Khabar gembira dan azab.

Apa yang pasti, kehadiranku ke IDIP dan interaksiku dengan muslimah "mantan missionary Kristian terbaik" dulu telah menghimbau kepadaku tentang lipatan sirah Rasulullah S.A.W mengenai peristiwa strategi Perang Khandak.

Salman Al-FArisi yang merupakan saudara baru dari Parsi menyarankan kepada Nabi saw untuk menggali parit disekililing Madinah untuk melindungi kota tersebut. Dan Nabi saw menerima sarang tersebut dengan gembira. Kemudian Salman ra memulai penggalian dengan tangannya sendiri, selama penggalian tersebut Salman terantuk batu yang sulit dipecahkan, Nabi saw kemudian mengambil kampak. Pada hantaman yang pertama kampak tersebut menimbulkan percikan dibatu itu, demikain juga pada hantaman kedua dan ketiga.
Kemudian ia bertanya pada Salman ra, “Oo.. Salman apa engkau melihat percikan itu? Salman menjawab, “Ya Nabi, aku melihatnya”. Nabi berkata,” Percikan pertama memberikan aku visi atau penglihatan dimana Allah swt telah membuka Yaman bagiku. Pada percikan kedua Allah membuka Damascus dan Al-Magrib (Barat) dan dipercikan yang ketiga Allah membuka daerah Timur. Salman mencatat, bahwa Nabi saw berkata: “Permohonan mencegah perjanjian atau kesepakatan. Tiada hal lain tetapi kebenaran meningkatkan kehidupan dan Tuhanmu sangatlah murah hati dan malu untuk berpaling dari tangan seorang hamba yang telah mengangkat tanggannya untuk berdoa kepadanya”. (Abu Ahsan)

Bagiku untuk saudara baru di IDIP, kalianlah generasi Salman Al-Farisi di bumi melayu kini, andai kata anda terguris dengan sikap kami (umat melayu) yang mengejek kamu dengan ejekan kamu baru setahun jagung mengenali Islam, maka kuatkanlah semangat!! Teguhkan Ukhwah, Kuatkan Iman, selalulah memberikan peringatan.

nota Fatih : Pengalaman Qiammullai dengan mereka cukup menyentuh hati. Dengan diimamkan oleh guruku Ustaz Makhtear Abdul Rahman. Dikiri kananku, ku terdengar esakan-esakan tangisan daie saudara baru memecah kesunyian pagi dinihari itu. Bahkan ku juga mendengar dari rakan-rakan muslimah yang memberitahu bahawa seorang muslimah saudara yang baru masuk Islam 2 bulan pun menangis teresak-esak di pagi dinihari itu dan menyatakan betapa kerdilnya beliau di sisi tuhan. Subhanallah...

Profil

untuk profil syarikat

Hebatnya Dunia Blog dan Youtube..

Segmen Blog di MHI TV3

Hari ini berkesempatan menonton MHI (Malaysia Hari ini) di TV3.. sebelum ni nak tengok TV pun tak sempat.. salah satu topik menarik yang dibicarakan ialah mengenai blog yang di Hoskan oleh Wardina dan tetamu yang menerangkan tentang blog ni pula ialah En Azli DJ KLFM yang selalu menghoskan segmen Info ICT di radio KLFM.

En. Azli dan isterinya... bakal sifoo online saya selepas ini...

Banyak benda baru yang saya dapat pelajari daripada segmen ini , terutamanya bagaimana untuk kita updatekan blog kita melalui Telefon Bimbit. Cukup teruja!! dan saya pun tanpa berlengah-lengah lagi mencipta mobile Blog saya dan alamatnya ialah www.dapat.com/penafatih

Kalau kawan-kawan ingin mewujudkan mobile blog (Moblog) seperti saya , ikutilah langkah di bawah :



Anda sekarang telah boleh mewujudkan laman web sendiri hanya dengan menggunakan SMS. MMS juga boleh digunakan didalam proses untuk mengemaskinikannya. Untuk mewujudkan laman web anda sendiri, taip: DW WUJUD [nama laman web yang diinginkan] hantarkan ke DAPAT|32728

Alamat laman web yang akan anda perolehi adalah: http://www.dapat.net/nama-yang-anda-pilih
Kalau nak lebih kepuasan tentang bagaimana untuk belajar membina moblog lawati http://blog.dapat.net/

beberapa point penting dari en. Azli yang perlu saya kaji selepas ini mengenai blog :
blog wujud pada 1997 dan dinamakan weblog
Pada 1999 nama weblog diringkaskan menjadi blog.
Segmen Hiburan MHI dari artis Youtube

Segmen hiburan yang sedikit menarik perhatian saya ialah apabila segmen itu menjemput Cikgu Alia yang merupakan individu yang selalu menyanyikan lagu pilihannya di youtube sebagai hobinya!! Dia pun tak sangka akan dijemput ke MHI untuk menyanyikan lagu secara live sebagaimana yang dinyanyikan di youtube tersebut. hehe... Cikgu Alia saya pun nak try test market cam cikgu lah.. gurau jer... tak mahulah saya di hoskan macam cikgu alia.. jadi backup singer saja kot....bolehlah...



Cikgu Alia Live di You tube


Fatih live bersama kanak-kanak percussion.. test market..huhuhu

Cikgu Alia semasa menyanyikan lagu secara live di MHI TV3

Nota Fatih : Tahukah anda Revolusi Teratai Puteh di negara China adalah hasil daripada nota-nota kecil yang ditanam dalam kuih bulan yang dijual kepada seluruh rakyat China. Apabila rakyat China faham (isi kandungan nota-nota kecil) , gelombang rakyat memuncak. itulah kuasa Blog dan Youtube pada hari ini... Kuasanya dapat mengubah kepimpinan negara, kuasanya dapat menaikkan nama individu dalam dunia seni tanpa perlu masuk ke realiti TV , apa yang pasti blog dan youtube itu ada pro dan kontranya.... kalau TV3 ada segmen blog di MHI, di TV1 ada siaran segmen bertajuk Blog yang keudara...(tak ingat dah bila)

Alamat Blog-blog penting hari ini :
  • www.netvibes.com
  • www.azlipaat.com
  • emel : azli@dapat.com
  • www.dapat.net


Siswi Muslim : Menghayun Buaian , Menggoncang Dunia



Alhamdulillah 9 Mac 2008, merupakan tarikh yang dapat saya bersama dengan pelajar-pelajar Muslimah dari Maahad Muhammadi Lilbanat yang mengadakan perkhemahan Kepimpinan Briged Bakti atau nama komersial nya Briged Bakti Qiadah Camp. Saya berkongsi ilmu dihadapan lebih kurang 100 muslimah MMP Briged Bakti di tepi Jeram Linang di Pasir Putih dalam sesi slot saya yang bermula 9.00 malam. Kesempatan yang ada, saya membicarakan dalam slot saya berkenaan dengan Muslimah Identity : Gadis + jatidiri .

Budaya 7 Siswi Briged Bakti

Bila disebut siswi @ gadis, tentu ada bayangan lemah dalam minda kita. Maka ramailah dikalangan siswi-siswi terkapai-kapai mencari identiti. Ada sebahagian dari siswi yang jahil terleka sehingga terjerumus ke lembah hina. Namun hakikatnya, tidak dapat tidak untuk kita nafikan bahawa sebenarnya kehadiran mereka sebenranya memberi kesan di setiap situasi lebih-lebih lagi bila mereka tahu peranan dan sumbangan yang boleh diberikan. Mengisi slot yang bertemakan Siswi Muslim : Menghayun Buaian, Menggoncang Dunia ! , saya cuba menghuraikan 7 budaya yang perlu ada dalam diri siswi muslim yang melibatkan idealisme, tertib, citra diri, dan wawasan sebagaimana berikut :

7 IDEALISME SISWI
SISWI Bertaqwa
SISWI Berilmu
SISWI Berakhlak
SISWI Berketrampilan
SISWI Berjuang
SISWI Berkeyakinan
SISWI Beristiqamah

7 TERTIB SISWI
Bersungguh dalam semua tugasan
Amanah dalam pengurusan
Disiplin dalam kerja
Sistematik dalam persatuan
Setiakawan dalam kumpulan
Kasih sayang dalam berbakti
Siap sedia dalam menghadapi cabaran

7 CITRA DIRI SISWI
BERSEMANGAT
BERSUNGGUH
CEKAL
MENJAGA MARUAH & ADAB
TRAMPIL
AKTIF
TEKUN

7 WAWASAN SISWI
DIRI SOLEHAH
KELUARGA BAHAGIA
RAKAN SEBAYA MURNI
MASYARAKAT HARMONIS
ORGANISASI CEMERLANG
NEGARA SEJAHTERA
UMAT CONTOH

Inilah budaya yang perlu digagaskan oleh Siswi hari ini untuk mendepani cabaran!! Siswi yang berjaya perlu ada gagasan budaya dan wawasan yang jelas. Wawasan Dunia dan gagasan selepas mati perlu sentiasa diterokai dan diimbangi. Bagi saya , seorang siswi muslim wajib kenal dirinya dan memahami realiti suasana masyarakatnya. Barulah wawasan yang dijana bersifat realistik dan praktikal.





Saya ingin mengambil contoh dari budaya yang cuba saya gagaskan iaitu Citra Diri. Kenapa Citra diri itu penting bagi seorang gadis atau siswi? Bagi saya , siswi muslim yang berwawasan seharusnya mempunyai peribadi dan citra diri yang baik sebagaimana terangkum dalam 7 Citra diri siswi di atas. kenapa? Kerana Citra diri siswi itu akhirnya menjadi benteng dan didikan untuk menjadikan diri siswi itu :

  • Terlatih dengan sifat malu untuk melakukan perkara yang tidak baik.
  • Bersederhana dalam kehidupan.
  • Menghargai diri sendiri.
  • Ikhlas dalam perbuatan
  • dan bijak bergaul.

Akhirnya hati yang terdidik akan patuh pada hukuman Allah, akan timbul rasa bersalah apabila ingkar dari hukum-Nya.

Rasa bersalah bila tak memakai stokin di depan umum, rasa kecik kepala apabila telekung tersingkap ke atas, dan rasa berdosa bila terumpat kawan....apatah lagi membuat fitnah...

Menghayun Buaian, Menggoncang Dunia

Berikan aku seorang wanita yang sekadar menghayun buaian, insya Allah aku tak akan meletakkan mereka di ceruk-ceruk dapur, kerana tangan kananya yang menghayun buaian, tangan kirinya mampu menggoncangkan dunia
- Presiden Sukarno (Indonesia).


Inilah kata-kata hikmat yang saya lontarkan kepada siswi Briged Bakti semasa berceramah, saya tak menghuraikan lebih detail tentang apa maksud kata hikmah ini semasa di sesi ceramah itu. Namun dalam artikel ini saya nak pembaca cuba bayangkan realitinya, bagaimanakah sebenarnya ciri-ciri kekuatan wanita yang hanya menggunakan tangan kirinya untuk menggoncangkan dunia?? Bagi Si siswa, Sering menggambarkan bahawa si siswi ini selalu dikaitkan dengan "insan lemah" dan kurang upaya bila menyerlahkan daya juang. Bagi si siswi jangan jadikan alasan-alasan tradisional si siswa itu sebagai halangan untuk terus maju dan bermanfaat.




Ibarat kata hikmah Presiden Sukarno tadi, tidak pernahkah kita terfikir bahawa ketika tangan kiri si siswi lincah memetik komputer, menyelesaikan segala tugasan kemasyarakatan, dalam masa yang sama, tangan kanannya begitu sibuk memenuhi kehendak keluarga dan tanggungjawab.


Ketika tangan kanan berhempas pulas memutar skru dan menyambung komponen, tangan kiri masih berkesempatan membelai dan menggosok arnab-arnab dan merpati yang jinak dengan manja dan kasih-sayang.

Siswi Muslim Abad ke-21
Siswi muslim harus sedar bahawa tanggungjawab pada hari depan terlalu besar. Kalaupun siswi tidak menjadi pemimpin masyarakat, boleh jadi dia mungkin seorang ibu kepada seorang Presiden Negara, atau isteri seorang perdana menteri pada masa akan datang jika ditakdirkan itu tanggungjawabnya. Jadi siswi muslim mempunyai wawasan yang jelas untuk masa depannya, jadi dia telah mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan.



Ada banyak lagi yang nak diperkatakan tentang jatidiri siswi muslim , siswi muslim yang cemerlang akan menjadi idaman lelaki beriman serta berpotensi besar untuk pengubahan minda dan konsep masyarakat terhadap sesuatu perkara. Personalitinya umpama memegang sebatang pena hikmat yang cukup berkuasa. Hujung pena itu bisa mencoret apa sahaja impian untuk direalitikan.

Yang pasti, dengan lahirnya siswi muslim berwawasan di abad ke 21 ini, maka inilah model remaja masa depan yang bakal menggoncang dunia serta menjadi tonggak kebangkitan semula Islam di akhir zaman.